KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong berjaya melangkah ke pentas suku akhir Terbuka Perancis selepas menyingkirkan pencabar tuan rumah, Arnaud Merkle pada pusingan kedua di Rennes, hari ini.
Pada perlawanan yang berlangsung di Glaz Arena menyaksikan pemain berusia 23 tahun itu tidak berdepan masalah untuk mengetepikan Arnaud 21-19, 21-8 dalam masa 47 minit untuk menempah slot ke suku akhir esok.
Pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022 itu dijadual membuat perhitungan bertemu sama ada pemain Taiwan, Chou Tien Chen atau pencabar Thailand, Kunlavut Vitidsarn yang bakal membuat perhitungan dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.
Sementara itu, pemain profesional negara,Lee Zii Jia gagal dalam misi memburu gelaran kedua musim ini apabila im ini apabila tewas di tangan pilihan kelapan kejohanan dari China, Li Shi Feng 21-17, 11-21, 12-21.
Sebagai rekod, Zii Jia berjaya menjuarai kejohanan Terbuka Artik di Finland awal bulan ini dan naib juara Terbuka Denmark minggu lepas.
Menerima nasib sama beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut terkandas selepas ditewaskan gandingan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-8, 21-18.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023
Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong singkirkan pencabar tuan rumah, Arnaud Merkle pada pusingan kedua di Rennes. - Gambar fail/ Facebook / Badminton Association of Malaysia
Lelaki maut dipanah petir ketika tidur atas buaian
Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun maut dipanah petir ketika sedang tidur di atas buaian di pondok rehat di hadapan rumahnya.
Cuaca panas boleh sebabkan sakit kulit
Lembaga Tabung Haji (TH) mengulangi nasihat kepada jemaah haji supaya menjaga kesihatan diri termasuk penjagaan kulit kerana cuaca panas menyebabkan jemaah mudah mendapat penyakit kulit seperti ruam dan gatal-gatal yang akan menggangu tumpuan kepada beribadah.
Hutan semula jadi berisiko ditebang di Malaysia
Pemerhati alam sekitar, RimbaWatch mendakwa 3.2 juta hektar hutan semula jadi berisiko ditebang membabit 16 peratus daripada baki litupan hutan di Malaysia.
Malaysia teraju penggunaan dompet mudah alih - Tinjauan
Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63 peratus rakyat Malaysia menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli-belah, kata platform teknologi kewangan global, Adyen.
[TERKINI] Kementerian serius laporan RimbaWatch
NRECC meneliti laporan sebuah badan pemerhati alam sekitar yang mendakwa kira-kira 3.2 juta hektar hutan semula jadi di negara ini.
[TERKINI] Rakyat Malaysia pengguna dompet mudah alih tertinggi di dunia
Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63 peratus rakyat Malaysia menggunakan kemudahan itu untuk membeli belah.
Mohon segera kad fleet - Fuziah
Pemilik kenderaan pengangkutan barangan diingatkan supaya memohon segera kad fleet bagi memastikan mereka dapat menikmati subsidi diesel selepas kerajaan melaksanakan subsidi bersasar kelak.
42 kematian akibat komplikasi
42 kematian akibat komplikasi demam denggi direkodkan di seluruh negara sejak awal tahun ini.
VEP di sempadan Malaysia-Singapura dikuat kuasa sepenuhnya 1 Okt
Peraturan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) asing di sempadan darat Malaysia-Singapura dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Okt ini bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Loke berkata selepas tempoh itu, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang memandu kenderaan asing tanpa VEP selaras Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Loke berkata selepas tempoh itu, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang memandu kenderaan asing tanpa VEP selaras Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
SPRM reman Pengarah Urusan, ubah status Tanah Rizab Melayu
SPRM menahan reman seorang pengarah urusan syarikat kerana disyaki memberi rasuah bagi mengubah status Tanah Rizab Melayu kepada bukan rizab Melayu.
Rashid simpati nasib Tze Yong
Legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek berasa simpati dengan nasib dialami perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang terpaksa melupakan hasrat membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik.
Tarik diri saingan BAC, Tze Yong bakal terlepas Paris 2024
Ng Tze Yong bakal terlepas penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Paris selepas dia menarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia (BAC).
Tze Yong masih berpeluang realisasi misi Olimpik Paris andai juarai BAC 2024
Ng Tze Yong masih berpeluang membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik 2024 aris sekiranya berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAC) 2024.
Tze Yong harus berhati-hati, sakit belakang cenderung untuk kembali
Dr SS Cheema berkata, sakit belakang tidak dapat diramalkan.
Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah
Rexy berkata, ikhtiar itu diharap dapat membantu Tze Yong beraksi pada dua kejohanan di Eropah pada 12-17 Mac.
Hannah harap Tze Yong sempat sembuh sebelum kelayakan ke Paris 2024 berakhir
Hannah menaruh harapan agar pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, sempat sembuh sebelum tempoh kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Paris, berakhir April ini.
SELBATC: Zii Jia, Tze Yong tiada dalam senarai aksi final
Zii Jia dilaporkan kembali mengalami masalah pernafasan manakala Tze Yong pula masih bergelut dengan kecederaan otot belakang.
Lee Zii Jia alami masalah pernafasan
Ketiadaan Lee Zii Jia dalam aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC) 2024, kerana berdepan masalah pernafasan.
SELBATC: Tiada sesiapa mahu cedera, kami sentiasa mahu berikan yang terbaik - Tze Yong
Ng Tze Yong, menjelaskan dia masih mengalami kecederaan berulang selepas terpaksa menarik diri daripada aksi suku akhir Kejohanan Berpasukan Asia.
BATC medan uji kecergasan Tze Yong
Ng Tze Yong yang mengalami kecederaan belakang pada Terbuka Malaysia Januari lepas berkemungkinan diturunkan menentang Brunei dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia esok.